Saturday, August 1, 2009

CONTOH KARANGAN UPSR ( aku dpt dr email)


Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter
itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

-----------------------------

TOLONGGGG….LA AJAR ANAK2 KORANG MCAMANA NAK BUAT KARANGAN TERBAIK MCM NI…

AKU PUN MCM NAK MATI BACA KARANGAN NI….

Saturday, May 16, 2009

SMS DARI TEMAN2 & BEKAS ANAK MURID (terima kasih semua)

" Adakala...kita dicaci...kita dimusuhi...kita dimarahi...kita tak dihargai...tapi...kita kan tetap tersenyum walaupun pilu, kita kan tetap melangkah biar pun hampir rebah..kita kan tetap tekun, ikhlas dan sabar meskipun terkadang hati tercalar dan maruah tercabar... SeLamAt HaRi gUru " - badzariah


" GURU-GURU SKBU UMPAMA LILIN. KEJE BAK BURUH BINAAN AKHIRNYA DISEKAT SENIORITINYA. MENYATAKAN YANG BENAR & MENYANGKAL YG TAK LOGIK AKHIRNYA DI COP KURANG AJAR. IKHLAS BERTUNGKUS LUMUS UTK AKTIVITI SKBU MASIH DINYATAKAN TAK PERFORM LG. KERJA MCM KAMBING PAGI-PETANG ISNIN-AHAD MASIH DI TUJU TAK KOMITED..WALAUPUN LILIN JASADNYA HANYA MENJELMAKAN BAYANG2 SAMAR TAPI LILIN TETAP BERCAHAYA TANPA JASADNYA..HAPPY TEACHERS DAY WALAUPUN TAK BERAPA NAK HEPI.." - naim


" susah kalau kawin org JKR....tiap 3 minit je keluar air, ahli bomba lagi teruk..bukak kepala je terus pancut, Doktor gigi pun lebih kurang juga...goyang2 pastu cabut; Askar bahaya sikit, asyik nak tembak je..polis lagi satu hal..baru nak buat laju sikit, dia kata STOP ! tak syok le.. Baik kawin dengan cikgu..kalau kurang jelas akan diulangnya berkali2 sampai puas !! Selamat hari guru. GURU PEMBINA NEGARA BANGSA. " - cikgu farihan KISAS


" today is fifteen,esok enambelas, recess go to canteen, masa ngajar p kelas.
Today is Friday,
esok hari sabtu, happy teachers day, selamat hari guru.
Khas untuk kalian...yang bergelar guru.." - Ibrahim GPK-ko SK Sg Binjai.



" may the love of God shine in your life, as you become a light for others. Happy teachers day.." - who? ( 8877 )


" A'kum...Selamat hari guru...elakkan kontroversi...teguhkan jati diri...tingkatkan self-eficacy..Dan..menjadi diri sendiri yang dihormati.....salam..." - ckg Liza Subang


" 2day a magnificent doctor, a marvellous engineer, a prominent politician, a faithful lawyer, everything was started by a teacher like u. Happy teachers day " - Azilazura


" selamat hari guru " - En Badrul


" DIA...dlm ajarnya ada harapan, dlm tegurnya ada doa, dlm marahnya ada sayang, dlm tawa ada mesranya...dlm diam ada bijaksana, dlm tangannya insan terbina. Berbahagialah menjadi DIA...DIA adalah aku,kau dan mereka yang dipanggil "cikgu". Selamat Hari Guru ! ." - ust khalifi sk johan setia...


" Andai disusun emas segunung, andai dirantai permata mutiara, andai dihitung pasir di gurun, andai di empang air di lautan......TAK KAN MAMPU MENANDINGI PENGORBANAN SERTA KASIH SAYANG SEORANG GURU "SELAMAT HARI GURU". Semoga pengorbanan kita sebagai guru sentiasa dirahmati ALLAH. " - Hjh Radziah


" Selamat menyambut hari guru, cikgu. " - Salim


" Dulu DIA pegang rotan kau kata DIA garang, bila DIA lambat masuk kelas kau kata DIA malas, bila DIA marah2 kau kata DIA melampau..KINI...kau adalah DIA..SELAMAT HARI GURU. " - Affanizam...Aini....


" Tqvm guru pembina negara bangsa dan budaya...sampaikan salam pada teman2.." - En Mat Zin


" selamat hari guru " - Aspiyaan


" Samalah kita menyambutnya dengan penuh kesyukuran kerana menjadi guru " - Huzil Muar


" terima kasih..selamat hari guru. " - Hezrie


" GURU...Dlm ajarnya ada harapan..dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tangannya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru.." selamat hari guru " - Chan Wai Fong


" Semoga menjadi guru yang diteladani kerana mulia peribadi, dikagumi kerana berkorban diri, disayangi kerana tak jemu mencurah bakti. Slamat hari guru " - Hasnizam sk telok pulai


" Tq 4 the greeting and i would to said that a teacher's achievements is not how many 'A's or 'B's she/he produces but how many lives she/he changes n how many hearts she/he touches. Happy Teachers Day! " - Halim Sabak Bernam


" U can be a doctor n saves lives a lawyer n defend lives a soldier n protect lives or simply be urself a teacher who touches lives ! Happy Teacher's Day " - Pn Kam skkj

" Bila murid duduk..cikgu berdiri ! Bila murid diseligi..cikgu pulak kenan gari, murid datang naik BMW 7 siries..cikgu datang naik motor buruk road tax dah mati ! Murid pi belajar sampai PhD..cikgu baru berkira-kira nak sambung degree...Namun begitu...di dunia cikgu berbakti,moga di akhirat syurga tempat kita kekal abadi....Selamat Hari Guru. " - Kak Alina...Muhaimin..Idris Shah Alam (MPRM)


" Kalau nak kaya jgn jadi guru. Kalau nak glamour jgn jadi guru. Kalau nak banyak kerja jadilah guru. Kalau nak kena marah dgn mak bapak budak, jadilah guru.Selamat hari guru...hehehehe " - Jamsari Kuala Kubu Baru


" Poooonn !! Poooonn !! Tepi...tepi... kenderaan berat nak lalu...nak hantar kontena untuk guru ni... Selamat Hari Guru " - Norila Md Dahan Muar


" No greeting card to give...No sweet flowers to send...No cute graphics to forward...Just a....LOVING HEART saying Happy teachers day. " - Ida


" 16 Mei...Sehari je guru gembira pilu dan terharu...Hari lain hari di saman dikeranikan digilakan dipedajalkan dan dipersalahkan. Sadisnya jadi guru tapi mulianya tuhan yang tahu..Terima kasih cikgu. Selamat hari guru. " - Jamsari


" Salam buat teman seperguruan...sangat mulia kerja kita, tapi kita sering dikata berkira..sibuknya kita tapi dikata tak ada kerja...penatnya kita mendididk anak bangsa tapi dikata guru kini sangatlah manja..tapi kita tetap seorang guru yang setia..Teruskan perjuangan yang mulia ini..Ikhlaskan hati tak kira apa dikata...Ingatlah keredhaan Ilahi yang dicari dan kekal abadi.. Birth is the start of life, beauty is the heart of life, but people like u are the "HEART" of life...HEPI 2009 TEACHERS DAY " - who ? ( 1377 )


" Jadilah seorang guru yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU, tingkahlakunya di TIRU...SELAMAT HARI GURU.. " Anum Pagoh


" Days are too busy.....Hours are too few......Seconds are too fast....but there is always a time for me to wish u....HAPPY TEACHERS DAY. " - Markhairi (Penaga, Penang)


" SELAMAT HARI GURU,SEMOGA TERCAPAI WAWASAN YANG DI GAPAI DAN JADILAH GURU YANG DIHORMATI DAN DISANJUNG SELALU,JADIKAN ANAK DIDIKMU INSAN YANG BERJAYA. " who ? (2144)


" Assalamualaikum ckg...SELAMAT HARI GURU... :)....semoga dimurahkan rezeki... " - Sariza bekas anak murid..medic di russia..


" Selamat Hari Guru...semoga kita sentiasa dirahmati Allah " - Ust Suzaini


" Selamat Menyambut Hari Guru...Semoga Dpt Menjalani Tugas Sebagai Pendidik Dengan Tekun dan Sabar...Ikhlas dari nana.." - nana (campbell kedai gambar )


" Selamat hari guru, semoga cikgu terus cemerlang,gemilang dan terbilang ! takecare....all the best...najib,klang. " - najib coach kriket..


" Pulang Haji dari Mekah, buah kurma berlambak2, baru ku tahu kerja guru bukanlah mudah, bagai kerja menolak ombak. selamat bertugas di hari guru - wan hasbullah " - wan bull...







mana-mana yang aku tak masukkan tu..jgn la kecik ati...tak larat dah ni...tengok kul berapa dah ni....3.09am...apapun terimakasih la kat korang semua..dan kepada yang aku tak sempat nak wish tuhh...selamat hari guru...i luv u all.. erk???

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Selamat hari guru kepada semua guru2 seluruhnya termasuk diri sy sendiri..hahaha..

Tuesday, May 12, 2009

Ibu Oh Ibu...

Orang kata aku lahir dari perut mak..
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak
Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak
Bila nak bermanja, aku dekati.... mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak
Bila nakal, yang memarahi aku.... mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma.... mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak
Bila takut, yang tenangkan aku.... mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak
Aku selalu teringatkan .... mak
Bila sedih, aku mesti talipon.... mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak
Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak
Yang selalu berleter kat aku... mak
Yang selalu puji aku.... mak
Yang selalu nasihat aku.... mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari.... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat..... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... limapuluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....



Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....



dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Sunday, May 10, 2009

Boleh rotan atau tidak METRO 10 MEI 2009

Boleh rotan atau tidak

Oleh MOHD ROJI ABDULLAH
am@hmetro.com.my


BATU PAHAT: Pejabat Peguam Negara digesa membuat keputusan segera berhubung pelaksanaan hukuman merotan pelajar sekolah, sama ada dibenarkan atau sebaliknya, bagi membendung masalah disiplin pelajar yang semakin membimbangkan.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sampai masanya satu tindakan drastik tetapi masih boleh diterima pelbagai pihak dilakukan dalam menangani masalah disiplin pelajar sekolah yang menjadi belenggu bagi pihak sekolah untuk melaksanakan hukuman.

Katanya, masalah itu timbul kerana mentaliti segelintir masyarakat yang enggan menerima tindakan positif, sebaliknya lebih suka menyalahkan guru yang cuba membentuk disiplin anak mereka.

“Peraturan yang ada ketika ini melarang guru menyentuh pelajar ketika melaksanakan hukuman dan inilah kekangan utama untuk kita melaksanakan hukuman merotan bagi mendisiplinkan pelajar.

“Kita tidak mahu, apabila guru merotan pelajar, ibu bapa akan menggunakan saluran undang-undang untuk mengenakan guru itu semula.

“Ibu bapa harus faham, mesti ada sebab guru merotan anak mereka kerana ia bertujuan membendung pelajar daripada mengulangi kesalahan,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Skim Khairat Percuma Sesi 2009/2010, Parlimen Batu Pahat di Dewan Senggarang, di sini, semalam.

Menurut Mohd Puad, ibu bapa harus lebih bertanggungjawab terhadap pembentukan disiplin anak mereka dengan memahami tugas guru.

“Selagi tidak mendatangkan kemudaratan dan mengikut prosedur ditetapkan, ia boleh dilaksanakan kerana merotan adalah kaedah terbaik untuk membentuk disiplin pelajar sejak dulu lagi dan ibu bapa harus faham tugas guru, bukan terus menerus memberi tekanan.

“Saya juga meminta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memahami keadaan sebenar mengapa sesuatu tindakan diambil terhadap pelajar sebelum mereka cuba menjadi hero dengan mendorong ibu bapa membuat laporan polis dan menyaman guru serta pihak sekolah,” katanya.

Mohd Puad berkata, sebenarnya ramai pihak bersetuju hukuman merotan dilaksanakan semula di sekolah, namun kementerian menghadapi masalah kerana menerima bantahan daripada segelintir peguam dan NGO.

“Hukuman merotan perlu dilaksanakan segera kerana ia bukan mendera tetapi untuk mendidik, dan saya berharap Peguam Negara membuat keputusan segera mengenainya,” katanya.

Bonda Tercinta... Selamat Hari Ibu... Aku bangga menjadi salah seorang anak mu...

Friday, May 8, 2009

Imam Ahmad, Orang Tua dan Anjing




Imam Ahmad bin Hambal merupakan seorang ahli hadith yang sangat terkenal. Semua orang tahu kan? Beliau juga merupakan ahli fiqih yang terkenal diseluruh Iraq. Beliau adalah anak murid kepada Imam Syafi’e yang mewarisi semangat mencari ilmu dan mengembara demi mencari hadith di seluruh dunia Islam.

Dipendekkan cerita, ada suatu hari, Imam Ahmad terdengar bahwa di Khurasan, terdapat seorang tua yang memiliki hadith yang sampai sanadnya kpd Nabi Muhammad S.A.W. Jadi tanpa membuang masa, Imam Ahmad pun menyediakan bekalan dan bersiap-siap untuk perjalanannya menaiki unta. Perlu diingatkan disini, Khurasan dengan Baghdad jaraknya beribu-ribu kilometer. Kalau kite skang boleh la naik AirAsia ke, naik Emirates ker, tp ni naik unta. Allah. Besar kan pengorbanan ahli-ahli hadith dalam usaha mengumpulkan hadith? Moga Allah menganugerahi mereka darjat yang tinggi dan diletakkan di tempat istimewa di syugaNya.ameen

Keyh, then Imam Ahmad pun berjalan.sampai la bekalan habis, 2 hari tak makan,then jumpe satu Bandar, nak mintak bantuan Baitul Mal, Imam Ahmad rasa malu. Jadi, Imam Ahmad bekerja dipasar selama 2 minggu sampailah dapat mengumpulkan bekalan untuk meneruskan perjalanan semula. (isyk2…kalau kita, termampukah? Allahu akbar!)

Kemudian setelah hampir sebulan, sampai la juga kat tempat orang tua tu tinggal.Time tuh, org tua tu sedang memberi makan kepada seekor anjing. Imam Ahmad bagi salam, org tua tu jawap dan memandang sekilas Imam Ahmad pastuh kembali memberi makan pd anjing tu.Dia tkde la serta merta sambut Imam Ahmad.Imam Ahmad yg sgt letih pulak setia menunggu orang tua tu. (cuba kalau kite? Mau la merajuk la, itu la ini la)

Habis aje bg makan, then org tua tu ckp kat Imam Ahmad: “Mungkin dalam hati kau mengatakan aku lebih memperhatikan anjing lebih daripadamu?”

“Benar.” Jawap Imam Ahmad

Orang tua itu berkata: “Dengarkanlah baik-baik. Perlu kau ketahui, aku mendengar dari Abu Zinad dari Al-A’raj dan Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda:”Siapa yang memutuskan harapan orang yang datang kepadanya, Allah akan memutuskan harapannya pada hari kiamat dan tidak akan masuk syurga

Orang tua itu berkata lagi, kat kampung tu tkde anjing.Tiba-tiba anjing tu datang kat die dalam keadaan lapar dan mengharap supaya diberi makan. “Aku tidak mahu memutuskan harapannya hanya kerana kedatanganmu.Nah, sekarang sudah jelas duduk masalahnya. Sekarang apa keperluanmu datang kepadaku”

“Hadis yang kau ucapkan itu sudah memenuhi tujuanku datang kesini.” Jawab Imam Ahmad.

Dan satu hadith itulah hasil perjalanan beliau yg melelahkan itu.

***********************************************************************************

Subahnallah walillah ilhamd. Indahnya cerita ini. Sangat menyentuh. Kisah satu perjalanan yang panjang, kisah tentang perngorbanan, kisah tentang usaha yang keras, kisah tentang memelihara kata-kata Rasulullah, kisah tentang seorang yang begitu menghiasi hidupnya dengan hadith yang dikandung dalam jiwanya.Indah, indah.

Ada baiknya kalau kita muhasabah kembali. Seperti itukah kita dlm hidup seharian? Seperti Imam Ahmadkah yang sanggup berkorban segalanya demi agama? Atau seperti orang tua itu tadikah yg begitu memelihara apa yang diketahui, dan terus terusan mengamalkannya? Atau berapa banyakkah orang yang datang meminta, tapi kita putuskan harapannya? Astagfirullah. Muhasabah yang sangat besar. Ampuni dosa kami ya Rabb!!

Wednesday, May 6, 2009

Saturday, May 2, 2009

di tumbuk pengawas..hebat pengawas sekolah aku nihh..


Kisah Si Beruk Yang Bodoh Lagi Sombong (EPISOD 2 )

"Tak guna kamu hamba rakyat..berani kamu mencela aku hingga ke pengetahuan penguasa negeri ? " marah Si Beruk kepada rakyat jelata. " Aku akan buka fail kamu semua. Aku akan bentang kesalahan kamu semua..". Ugut Si Beruk pula. Namun rakyat jelata tak ambil peduli. Rakyat dah biasa di ugut Si Beruk gila. Kini rakyat bergabung tenaga..mencari bantuan dimana jua.

Teringat peristiwa dahulu kala..dua hamba dibuang kerja..kerana dendam Si Beruk begitu membara..kerana hambanya melawan apa dikata.. "Hamba melawan bukan derhaka..hamba melawan bukan mencari sengketa..hamba melawan kerana dia buat angkara ". Kata dua-dua mangsa. Arghh...persetan dengan Si Beruk durjana..di sana pun kami boleh bekerja..boleh bermesra dgn rakyat jelata. Kesian kedua hamba..bekerja tak mengira masa..kadang-kadang tak peduli keluarga..demi membuat tugas Si Beruk durjana..wang keluar tidak berkira...asalkan rakyat jelata merasa gembira..merasa selesa...segala program selesai terlaksana. Tapi Si Beruk tak ambil kira itu semua..yang penting programnya berjaya..peduli apa dgn wang ringgit mereka ! Lagi pun dendam kesumat bertapak sudah lama..inilah masanya dendam dilaksana.

Rentetan peristiwa inilah yang menaikkan kemarahan hamba rakyat jelata..selama ini kedua hamba banyak membantu mereka..menolong menaikkan nama daerah mereka di persada..tapi kini kedua mereka didera..dihina di depan mata.. Rupa-rupanya nak dijadikan cerita..sebelum ini pun ada rakyat lain yg dihina..yang di ugut dan dipaksa..menyimen lantai istana..memanjat tiang bendera..ditahan surat pengesahan jawatan mereka..malah ada yang tidak dapat 'claim' perjalanan mereka..walaupun dah dituntut sekian lama.. Kasihan hamba rakyat jelata..menjadi mangsa diwaktu muda..yang tak tahu mereka rupanya didera..demi melaksana perintah Si Beruk durja.

Semakin hari semakin banyak cerita...keburukan Si Beruk punya angkara..rakyat dah tak tertampung menahan rasa..akhirnya melawan dgn apa cara. Hamba rakyat mula bersuara..seorang demi seorang mencurah rahsia..semakin hari semakin ramai mendakwa..bahawa mereka juga dah lama memendam rasa. Akhirnya rakyat jelata bersua muka..mengumpul bukti serta cerita..agar dapat diketengahkan kepada penguasa...pada bila-bila masa. Baik yang tua mahu pun yang muda...yang teruna mahupun dara..semua setuju sebulat suara..membongkar segala isi cerita..yang dikumpul sekian lama. Tiada takut lagi dihati mereka..sama ada diugut atau dihina..kerana mereka telah terbiasa..dibuat sebegini sekian lama..

Hal ini telah diketahui oleh Si Beruk durjana..akan tetapi hanya bias-bias sahaja..maka mula lah dia menuduh sini sana..mencari siapa punya angkara..yang cuba mempengaruhi rakyat jelata melawan nya. Rakyat tidak hairan itu semua..kerana mereka pergi dengan hati yang rela..bukan dipengaruhi atau dipaksa..kan mereka dah dewasa..punya akal dan minda..tak perlu mengikut kata sesiapa.. "hamba nak pergi hamba punya pasal lerr... tak ada siapa yang memaksa hamba.. diri hamba yang rela ke sana..berjumpa penguasa...lu apa citerr?? ".

Si Beruk sungguh sebak mendengarkan nya..mula mencari hamba-hamba yang berjumpa penguasa..dan minta penjelasan mengapa dia di adu domba..dia mula mengumpul senjata...yang mahu diguna apabila diserbu penguasa. Anjing Kurap kesayangan mula diguna...mencari bukti bagi segala rakyat yang tak membuat kerja..segala gambar dan video mula di guna..agar dapat ditunjuk kepada penguasa. Tetapi Si beruk tidak tahu cerita..yang anjing kurapnya pernah ditangkap menteri tak buat kerja..melingkar tidur di atas katil pesakit kusta..dengan air liur basi meleleh hingga ke peha. Si Beruk juga tidak tahu cerita..anjing kurapnya membawa anak-anak rakyat jelata ke biliknya untuk bermesra..bukan untuk membuat kerja.. Tapi rakyat tak pernah bercerita atau mengadu domba...kerna anjing kurap adalah kesayangan Si Beruk tua...silap-silap rakyat jelata pula yang dicerca..

(bersambung)

Friday, May 1, 2009

Wednesday, April 29, 2009

SKETSA KASIH SAYANG

“Mamat, Mamat!” jerit Mak Mah.

Hampir lima atau enam kali Mak Mak memanggil nama Mamat tetapi Mamat tak muncul-muncul juga.

“Mana pulaklah budak ni,” bisik hati Mak Mah.

Nampaknya Mak Mah terpaksa melakukan kerja-kerja di rumah sendirian. Mamat sudah hilang entah ke mana.

Begitulah nasib Mak Mah. Suaminya baru sahaja meninggal dunia beberapa minggu lalu. Dia terpaksa mengharapkan anaknya Mamat untuk membantu kerja-kerjanya di rumah kerana dia sendiri tidak sihat.

Di pinggir sebatang sungai di hujung kampung, Mamat membaling-baling batu yang baharu dipungutnya ke dalam sungai. “Ha, kali ini batu aku lagi jauh!” Mamat menjerit kepada kawannya, Samad.

“Mana pulak! Batu yang aku baling tadi lagi jauh. Engkau salah tengoklah Mamat.”

“Engkau ni asyik nak menang saja. Bila aku menang pun engkau tak mahu mengaku,” jawab Mamat pula.

Mamat dan Samad terus bertelagah sehinggalah kedua mereka hilang sabar. Seperti dirasuk syaitan, Mamat bergelut dengan Samad walhal perkara yang diselisihkan hanyalah soal yang sangat kecil sahaja. Mamat menarik baju Samad sehingga terkoyak, dan Samad pula membalas dengan menarik bag yang sedang disandang oleh Mamat. Bag itu lantas dicampaknya ke dalam sungai yang sedang deras mengalir.

“Ya Allah, beg emak aku dah hanyut!” jerit Mamat.

“Samad, tengok apa yang engkau dah buat ni. Itu beg mak akulah. Ada duit dalam tu tau. Itulah duit untuk kami dua beranak nak makan seminggu ini. Kau kan tahu kami ni orang miskin. Sekarang apa yang kami nak makan?”

“Ya ke? Manalah aku tahu. Itulah engkau cepat sangat panas baran. Yang engkau tarik baju aku hingga koyak tu apa pasal?”

“Engkau yang tak berhati perut. Sekarang tengok apa dah jadi. Mesti mak aku marah nanti,” jawab Mamat tak mahu mengalah.

Kebetulan, seorang nenek sedang berjalan di tepi sungai itu. Dia memerhatikan gelagat Mamat dan Samad sejak tadi lagi. Nenek itu menghampiri mereka berdua untuk memberikan sedikit nasihat.

“Nak, tak elok bergaduh macam ni. Bila kita bergaduh, bermakna kita tidak mendapat kasih sayang Tuhan. Bila Tuhan tak sayang, tentulah banyak masalah yang akan menimpa kita. Buktinya, baju anak yang ini dah koyak, anak yang ini pula sudah kehilangan bag milik maknya. Sudah tentu bila balik nanti, masing-masing akan dimarahi pula oleh emak masing-masing."

" Sebaliknya, kalau kita berbaik-baik dan berkasih sayang dan tinggalkan pergaduhan dan pertelagahan, Tuhan juga akan sayang kepada kita. Bila Tuhan sayang, masalah kita akan selesai dengan mudah. Mana satu jalan yang anak-anak nak pilih, jalan yang mudah atau jalan yang penuh masalah? ”

Entah kenapa nasihat nenek itu sangat memberi kesan kepada Mamat. Sudah ramai orang yang memberi nasihat kepadanya tetapi ditolaknya begitu sahaja. Mungkin kerana wajah nenek itu yang begitu tenang, hati Mamat benar-benar tersentuh melihat ketenangan yang dimilikinya. Sangat berbeza daripada air mukanya sendiri yang bengis dan selalu berkerut.

Fikiran Mamat mula menerawang. Memang benar, hidupnya sangat banyak ditimpa masalah. Yang satu belum selesai, datang yang lain pula. Kerana itulah dia sering rasa tak tenang, rasa tak bahagia. Dan kerana itu jugalah dia suka merayau-rayau dan membuat kacau di sana sini.

Setelah nenek itu pergi, Mamat pun berkata kepada Samad, “Samad, betul kata nenek itu kan. Rupa-rupanya sebab aku tak suka berkasih sayanglah, aku ni selalu dibenci orang. Hidup aku selalu ditimpa masalah. Sekarang aku nak berbaik-baik dengan engkau. Aku nak tengok betul tak nasihat nenek itu tadi.”

Samad tercengang-cengang melihat perubahan Mamat. “Betul ke Mamat ni nak jadi baik?”

Samad seperti tidak percaya. “Baguslah tu Mamat. Aku pun minta maaf kepada engkau sebab aku dah campak bag emak engkau ke dalam sungai. Engkau cakaplah pada mak engkau yang itu adalah angkara aku.”

“Tak, sebenarnya aku yang salah. Perbuatan engkau itu sebenarnya hukuman Tuhan kepada aku. Biarlah aku dimarahi emak aku.”

Mamat pun balik ke rumah. Di sepanjang jalan, dia memikir-mikirkan dosa-dosa dan kesalahannya selama ini. Dia berazam untuk tidak mahu bertengkar lagi. Mamat terkejut apabila dia sampai ke rumahnya, emaknya tidak marah-marah kepadanya seperti biasa.

Sebalinya, emaknya cuma tersenyum kepadanya. “Syukurlah engkau dah balik. Emak rasa bimbang tadi. Mula-mula emak marah tengok engkau tak ada, tetapi bila emak ke kebun dan ternampak bangkai seekor anjing yang dilanggar kereta, emak terus teringatkan engkau. Emak risau pasal engkau.”

“Padanlah dia tak marah aku. Betul cakap nenek tadi. Bila aku dah tak mahu bergaduh, cepat sahaja Tuhan bantu.”

“Mamat, tolong ambil air di sungai tu,” jerit Mak Mah dari belakang rumah.

Mamat terus bingkas dan mengambil dua biji balang untuk diisi air. Oleh kerana cuaca agak mendung, Mamat berjalan dengan pantas ke sungai tadi. Dia tidak mahu terperangkap dalam hujan lebat.

Sebaik sahaja Mamat selesai mengisikan air ke dalam balang-balang air tadi, dia ternampak sesuatu yang tersekat di balik sebiji batu besar di tepi sungai. Mamat mendekatinya dan alangkah terperanjat dia! Benda itu ialah beg yang hanyut tadi. Dengan kuasa Tuhan, beg itu tersekat di batu itu.

Mamat menangis terharu. Dia benar-benar merasakan kasih sayang Tuhan kepadanya. Memang benarlah kata-kata nenek itu tadi, Tuhan mengasihi hamba-hambanya yang cuba berkasih sayang dan meninggalkan pergaduhan dan persengketaan.

Monday, April 27, 2009

Kisah Si Beruk Yang Bodoh Lagi Sombong (EPISOD 1 )

Tersebut alkisah di sebuah daerah...seekor beruk memerintah..dgn sombong kononnya gagah..abis hamba rakyat di perah...demi menunjukkan kuasa nya yang gah... Beruk mula tunjuk arah...pada rakyat habis diperintah..hingga berpeluh bermandi darah...agar dirinya menonjol di kalangan segala pemerintah...disetiap pelosok seantero daerah...
Hamba rakyat tak tentu arah..mula menempik mula menyanggah...pada Si Beruk ketua daerah..yang sombong tak semenggah....
Kini rakyat mula bangkit...setelah ramai rakan yang sakit...akibat Si Beruk yang hidung senget..mata membulat otak sempit...
Rakyat sepakat sebulat suara...menyampaikan hajat kepada memanda berkuasa...supaya membongkar masalah yang ada...dikalangan rakyat hamba jelata.. menteri2 Si Beruk bermuka-muka..didepan rakyat baik belaka...maklum rakyat membereskan kerja2 mereka..di depan Si Beruk tak berani tunjuk muka...apatah lagi nak bersuara...argghhh...semuanya puaka !
Hari ini...saat ini..hamba rakyat tidak berkira...Si Beruk durjana harus dibawa...ke muka memanda penguasa dibongkar cerita...
Biar terbongkar segala kecurangan..biar tersiat segala pembohongan dan penipuan..rakyat telah bulat tekad untuk melawan...dan terus berlawan..biar dia menggelupur kesakitan atas perbuatan sendiri..bukan rakyat berdendam..bukan rakyat menganiaya...tetapi rakyat teraniaya. atas dasar apa dendamnya itu? kenapa sampai begitu dendamnya? akhirnya kini hamba rakyat ketahui...Si Beruk ini mula mencari simpati di setiap pelusuk dan juga negeri..mohon bantuan perlindungan diri..keperitan mula terasa tak terperi..kini mengharap anjing kurap kesayangannya mencari bukti..agar musuh mudah disalahi...kini menyalak menagih simpati..kawan2 mula cabut lari.. Kesian..dahulu lagak ngerinya di takuti...oleh kami rakyat negeri..malah di bimbangi kerana di bayangi anjing kurap penuh misteri..yang menyalak sana sini..melapor perkara yang tak pasti..yg membuatkan tuan nya dipengaruhi...tapi kini mula menggelupur sendiri bersama tuan kesayangan tempat menghambakan diri..
Siang tadi Si Beruk cuba melarikan diri..dari penguasa negeri yg mula menyelidiki..xpe...esok masih ada lagi...mana kamu mau lari ? Kami hamba rakyat dari dulu menanti...kehadiran penguasa menyiasat sendiri..perkhabaran dari kami bukan fitnah, bukan penipuan dan bukan pembohongan...tuan2 carilah sendiri..jawapan dari persoalan kami..adik beradik tiri..
Cerita kita belum berakhir disini...senang2 kita sembang lagi..kita lihat apa yg terjadi..kepada Si Beruk yg bodoh lagi meninggi diri dan sikap nya yg egois tiada isi..bersama anjing kurap kesayangan belaan yg konon bestari..yang menggatal nak berbini lagi..tetapi tersalah mengurat sang puteri..yang pijak semut pun tak mati...tetapi takut pada bini..yg kini hidup sendiri di celah2 hamba rakyat jelata yang bijaksini.
Nanti kita sambung lagi..kisah Si Beruk tak terhenti di sini...

Thursday, April 23, 2009

Buah Cempedak Di Luar Pagar

ermmm..aku baru je nak belajar buat blog..sesapa kawan2 yg mahir tu tolong2 la aku kat sini..
moga semuanya dapat kita kongsikan bersama dan menjadi ilmu yg dapat kita amalkan..