Saturday, May 2, 2009

Kisah Si Beruk Yang Bodoh Lagi Sombong (EPISOD 2 )

"Tak guna kamu hamba rakyat..berani kamu mencela aku hingga ke pengetahuan penguasa negeri ? " marah Si Beruk kepada rakyat jelata. " Aku akan buka fail kamu semua. Aku akan bentang kesalahan kamu semua..". Ugut Si Beruk pula. Namun rakyat jelata tak ambil peduli. Rakyat dah biasa di ugut Si Beruk gila. Kini rakyat bergabung tenaga..mencari bantuan dimana jua.

Teringat peristiwa dahulu kala..dua hamba dibuang kerja..kerana dendam Si Beruk begitu membara..kerana hambanya melawan apa dikata.. "Hamba melawan bukan derhaka..hamba melawan bukan mencari sengketa..hamba melawan kerana dia buat angkara ". Kata dua-dua mangsa. Arghh...persetan dengan Si Beruk durjana..di sana pun kami boleh bekerja..boleh bermesra dgn rakyat jelata. Kesian kedua hamba..bekerja tak mengira masa..kadang-kadang tak peduli keluarga..demi membuat tugas Si Beruk durjana..wang keluar tidak berkira...asalkan rakyat jelata merasa gembira..merasa selesa...segala program selesai terlaksana. Tapi Si Beruk tak ambil kira itu semua..yang penting programnya berjaya..peduli apa dgn wang ringgit mereka ! Lagi pun dendam kesumat bertapak sudah lama..inilah masanya dendam dilaksana.

Rentetan peristiwa inilah yang menaikkan kemarahan hamba rakyat jelata..selama ini kedua hamba banyak membantu mereka..menolong menaikkan nama daerah mereka di persada..tapi kini kedua mereka didera..dihina di depan mata.. Rupa-rupanya nak dijadikan cerita..sebelum ini pun ada rakyat lain yg dihina..yang di ugut dan dipaksa..menyimen lantai istana..memanjat tiang bendera..ditahan surat pengesahan jawatan mereka..malah ada yang tidak dapat 'claim' perjalanan mereka..walaupun dah dituntut sekian lama.. Kasihan hamba rakyat jelata..menjadi mangsa diwaktu muda..yang tak tahu mereka rupanya didera..demi melaksana perintah Si Beruk durja.

Semakin hari semakin banyak cerita...keburukan Si Beruk punya angkara..rakyat dah tak tertampung menahan rasa..akhirnya melawan dgn apa cara. Hamba rakyat mula bersuara..seorang demi seorang mencurah rahsia..semakin hari semakin ramai mendakwa..bahawa mereka juga dah lama memendam rasa. Akhirnya rakyat jelata bersua muka..mengumpul bukti serta cerita..agar dapat diketengahkan kepada penguasa...pada bila-bila masa. Baik yang tua mahu pun yang muda...yang teruna mahupun dara..semua setuju sebulat suara..membongkar segala isi cerita..yang dikumpul sekian lama. Tiada takut lagi dihati mereka..sama ada diugut atau dihina..kerana mereka telah terbiasa..dibuat sebegini sekian lama..

Hal ini telah diketahui oleh Si Beruk durjana..akan tetapi hanya bias-bias sahaja..maka mula lah dia menuduh sini sana..mencari siapa punya angkara..yang cuba mempengaruhi rakyat jelata melawan nya. Rakyat tidak hairan itu semua..kerana mereka pergi dengan hati yang rela..bukan dipengaruhi atau dipaksa..kan mereka dah dewasa..punya akal dan minda..tak perlu mengikut kata sesiapa.. "hamba nak pergi hamba punya pasal lerr... tak ada siapa yang memaksa hamba.. diri hamba yang rela ke sana..berjumpa penguasa...lu apa citerr?? ".

Si Beruk sungguh sebak mendengarkan nya..mula mencari hamba-hamba yang berjumpa penguasa..dan minta penjelasan mengapa dia di adu domba..dia mula mengumpul senjata...yang mahu diguna apabila diserbu penguasa. Anjing Kurap kesayangan mula diguna...mencari bukti bagi segala rakyat yang tak membuat kerja..segala gambar dan video mula di guna..agar dapat ditunjuk kepada penguasa. Tetapi Si beruk tidak tahu cerita..yang anjing kurapnya pernah ditangkap menteri tak buat kerja..melingkar tidur di atas katil pesakit kusta..dengan air liur basi meleleh hingga ke peha. Si Beruk juga tidak tahu cerita..anjing kurapnya membawa anak-anak rakyat jelata ke biliknya untuk bermesra..bukan untuk membuat kerja.. Tapi rakyat tak pernah bercerita atau mengadu domba...kerna anjing kurap adalah kesayangan Si Beruk tua...silap-silap rakyat jelata pula yang dicerca..

(bersambung)

3 comments:

Anonymous said...

best ek episaod 2 kisah nie...sampai episod berapa nie?? jangan lambat sgt, teruja nak dgr apa jadi kat beruk and anjing kurapnye...hehehehe

sikatakcute said...

haha..aku pon x sabar nk tau apa terjadi pada si beruk dan anjing kurap yg angkuh tuh.. hopefully end with da sad ending 4 them and happy ending 4 rakyat jelata :) pray 4 it every one ..amin...

tun teja said...

koi rase sedeh benor bace kisoh ni. koi ni keturunan tun teja,mat kilau, datuk bahaman. ce kabo kat mane kisoh ni berlaku zaman sekarang ke zaman dolu-dolu. kalu zaman la ni cecakap kat mane nok juge koi gi jerut leher si anjing kurap tu. kalu boleh beruk tu boleh koi jinokkan buat panjat pokok nyor. maklumlah berok koi dah lame mampus terkena wayor letrek. ketnya . nasihat koi la kat rakyat teraniaya.Allah mengetahui atas segalanya.dalam cermin sakti koi beruk tu dah tak leh bangun. entoh jantung sakit ke,wayar otok dah putus ke tak tahu la yek... nanti koi tengok lagi kat cermin sakti ni..